NAK TAU APA ITU OUTPUT LEARNING ?

Secara mudahnya output learning adalah proses belajar dengan membuat latihan atau menulis semula apa yang di pelajari tanpa merujuk buku nota. Iaitu mengeluarkan semula apa yang di pelajari di kelas dengan menulis di atas kertas atau menyelesaikan latihan bentuk peperiksaan sebenar mengikut kehendak peperiksaan tersebut.

Untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang, anda perlu:
a) Ingat 10% apa yang dibaca
b) Ingat 20% apa yang didengar
c) Ingat 50% apa yang didengar dan dilihat
d) Ingat 70% apa yang dicakapkan
e) Ingat 90% setelah dipraktikkan

Syarat untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan ialah dengan menggunakan kaedah “pembelajaran output”, kebolehan untuk mengeluarkan dan menggunakan apa yang telah dipelajari. Ramai pelajar hanya melakukan pembelajaran input – membaca, belajar, menghafal dan mendengar adalah pembelajaran input. Inilah sebabnya ramai pelajar yang mendapat markah yang sederhana.

Untuk menyerlah, anda memerlukan pembelajaran output.Namun demikian, input learning juga sangat penting. Apa itu input learning ? Input learning pula adalah proses memberi kefahaman kepada anda oleh guru-guru atau melalui pembacaan anda sendiri.

Melalui Tuisyen Online, anda akan didedahkan dengan kaedah rakaman pengajaran. Banyak video pengajaran di You Tube di internet yang memaparkan pengajaran menggunakan video. Anda tidak perlu mencari (search) di internet kerana kami telah sediakan semuanya. Kami cari/search video yang sesuai dengan topik-topik pembelajaran di sekolah anda.

Istimewanya, anda boleh mengulang video tersebut banyak kali, sehingga anda benar-benar faham dan menguasi sesuatu tajuk yang di ajar. Inilah proses input learning yang senang dan amat berkesan.

Jika proses input ini sangat berkesan, tentu anda semakin mudah untuk membuat latihan dan soalan peperiksaan SPM tahun tahun lepas. Rajin-rajin buat latihan (output learning), pasti anda akan berjaya dengan cemerlang.




Oleh itu kenapa tidak mendaftar dalam Pakej Tuisyen Berbayar hanya RM20 setahun. Banyak latihan dan video pengajaran yang telah di kumpulkan di internet untuk tatapan anda. Proses belajar yang sangat mudah, walaupun di dalam bilik tidur anda sendiri..!

No comments:

Post a Comment