5 PELAJAR TERBANYAK MENERIMA HADIAH KERANA MEMBAWA RAKAN KE PROGRAM TUISYEN ONLINE BERBAYAR : Hamdan (RM170), Amalina (RM130), Johari (RM100), Hamka (RM80) dan Fadhilah (RM60)

SIRI PEMBELAJARAN TUISYEN ONLINE

MATEMATIK MODEN TINGKATAN 4 DAN 5
MATEMATIK TAMBAHAN TINGKATAN 4 DAN 5


SIRI 1


PERCUMA !

Matematik Itu Menyeronokkan

Dulu disebut Ilmu Kira-Kira, kemudian ditukar ke Ilmu Hisab. Sekarang dipanggil Matematik. Walau apa pun sebutannya, ianya tetap sama.
Tahukah kita betapa pentingnya matematik dalam kehidupan kita seharian? Sebenarnya Matematik ini penting dalam kehidupan kita seharian. Di dalam zaman Hadhari Islam seperti zaman Andalusia dan sebagainya, lahir ramai-ramai saintis-saintis Islam seperti Ibnu Sina, Al-Ghazi, Al-Khwrizmi dan lain-lain. Mereka ini adalah ahli-ahli Matematik.


Sebenarnya Matematik ini sangat berguna dalam membuat sesuatu keputusan dalam hidup kita. Contohnya :
1 Setiap bulan bila kita terima gaji (kepada yang makan gaji) akan mula membuat bajet perbelanjaan bulan tersebut seperti menjelaskan semua bil, perbelanjaan dapur dan persekolahan anak. Kalau silap bajet, susah la bulan itu.

2. Katakan kita akan bertolak dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang dengan memandu kereta. Apakah yang ada di fikiran kita? Tentunya kita akan berfikir jalan mana yang hendak diikuti. Sama ada Lebuhraya atau Jalan Persekutuan. Kalau melalui Lebuhraya tentu cepat, tetapi terpaksa mambayar tol sedangkan melalui Jalan Persekutuan tidak perlu bayar tol, tapi memakan masa. Dari situ kita akan mula membuat keputusan. Selain itu kita akan mula mengira bila kita akan sampai, berapa kelajuan yang harus kita pandu dan bila kita harus bertolak untuk sampai pada waktu yang ditetapkan? Bukankah semua itu Matematik?



Sebenarnya banyak lagi contoh-contoh yang kita boleh ambil bagi membuat keputusan melalui Matematik. Sebab tu di Barat ada mengeluarkan drama berjudul NUMBERS bagi menyelesaikan jenayah. Ianya bukanlah secara kebetulan tetapi reality.
Semua bidang ilmu di dalam dunia ini ada Matematik, tak kira undang-undang, sains, sejarah, computer termasuk Ilmu agama sendiri. Kalau tak percaya cuba selidik. Betul tak? Rakan-rakan tentu boleh bagi contoh yang lebih baik.
Saya pernah bertemu dengan seorang Pensyarah Matematik dan pelajar dari China. Mereka mengatakan Ilmu Matematik ada Ibu segala ilmu duniawi. Sebenarnya Matematik tidaklah susah sebagaimana yang dikatakan. Pelajar dari China tersebut mengatakan: “Matapelajaran Matematik di sekolah tidaklah susah. Yang penting mengikut undang-undang dan peraturan yang ada. Ikut saja undang-undang dan peraturan maka dapatlah kita menyelesaikan soalan Matematik”. Diharap perkara ini kita tanamkan di dalam jiwa anak-anak kita kerana jika anak-anak kita pandai Matematik, matapelajaran lain akan turut sekali.
Apa lagi dalam bidang pernigaan dan kejuruteraan. Matematik akan memainkan peranan penting dalam membuat keputusan. Silap pengiraan, maka tanggung la akibatnya.
Macam dengan Matematik jugalah. Matematik tambahan jika tanya kepada orang pandai mesti jawab kena buat banyak latihan. Jawapan itu memang bukan main-main. Matematik tambahan ini ada tajuk yang sama dengan matematik dan ada yang sama dengan Fizik. Jadi, ada bab yang mesti boleh buat sebab sama dengan subjek lain.Markah lulus SPM matematik tambahan hanya beberapa belas sahaja. Nak dapat A memang ada harapanlah.
Kalau tak mahu buang masa, ambil soalan Matematik tambahan kertas satu dan Kertas 2 peperiksaan seperti SPM tahun-tahun lepas dan buat semuanya. Sebab yang akan keluar nanti soalan yang sama tetapi angka yang berbeza.Kalau anda tak buat memang menyesal.
Apa yang penting adalah ambil soalan yang tak tahu dan tanya kepada sesiapa saja cara nak dapat jawapan. Matematik tambahan kalau baca jawapan saja tak cukup, kena cuba jawab. Lepas baca cuba esok jawab, mesti dah lupa. Oleh itu, mesti baca jawapan dan cuba buat tanpa tengok jawapan selepas itu.

TERAPI MINDA KEJAYAAN UNTUK ANDA
.
Untuk siri pertama ini, setkan pemikiran anda untuk mendapat A dalam matematik. Bagaimana ya ?
1. Percayakah anda, jika sesuatu perkara atau peristiwa itu di ulang beberapa kali, ianya akan menjadi satu kebiasaan atau tabiat ? Contoh, katakan biasanya anda bangun tidur waktu pagi jam 6.30 pagi. Tentulah sukar untuk anda bangun pada jam 4 pagi !. Sekiranya anda setkan jam loceng atau alarm pada handphone untuk bangun pada jam 4 pagi tiap2 hari, akhirnya anda akan biasa dan menjadi kebiasaan untuk bangun jam 4 pagi. Mudahkan !

2. Dalam sejarah ingatan anda, tentu anda pernah pergi ke suatu tempat yang baru. Contohnya pernah anda pergi ke BP Mall di batu Pahat untuk pertama kali. Dan anda ingin pergi ke Kedai Buku Populor. Pada pertama kali itu, tentu anda sukar mencarinya. Mungkin anda telah meronda seluruh BP Mall baru berjumpa kedai buku tersebut ! Pertama kali memang sukar. setelah berkunjung ke BP Mall berulang kali, sekarang ini tentu tidak tercari-cari lagi. Kaki secara automatik berjalan sendiri menghala ke kedai buku tersebut. Nah inilah yang di kata bila kita membuat berulang kali, semuanya akan terakam di minda kita. Minda akan mengerakkan anggota fizikal kita untuk melakukan perkara yang anda hajatkan.

3. Bagaimana dengan matematik ? Pertamanya tanya diri anda, adakah anda ingin mendapat A dalam subjek ini ? Tak kira lah samada anda pandai atau tidak sebelum ini. Yang penting anda hendak A atau tidak.. Yang penting adalah KEHENDAK ANDA ! ( Kehendak anda membayangkan apa yang anda FIKIRKAN ..... bersambung pada siri ke 2 )
APA KATA MEREKA YANG TELAH BERJAYA..




APA LAGI.. JOM KITA BELAJAR..!
(Klik Pakej Tuisyen Percuma Di Sebelah)
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sekiranya anda berminat untuk memberitahu rakan-rakan berkaitan "TUISYEN ONLINE PERCUMA", adalah baik jika anda mendaftar sebagai Team-Rakan-Perihatin kami. Dengan mendaftar secara percuma, anda boleh sebarkan maklumat ini melalui facebook, twitter, sms dan sebagainya. Apa faedah anda dapat ? jika sekiranya rakan anda mendaftar mengikuti Program Pakej Tuisyen Berbayar, anda akan mendapat hadiah sebanyak RM10 untuk setiap orang . (daftar di sini...)





































































No comments:

Post a Comment